A
A
A
Buku Pelawat | Gambar | Forum | Muatturun | Peta carian | Masuk |  pengunjung aktifRSS

          
JKR Daerah

JKR Batu Pahat
JKR Keluang
JKR Mersing
JKR Kota Tinggi
JKR Pontian
JKR Kulai Jaya
» Cawangan
JKR Mekanikal
JKR Letrik
JKR Perolehan
Masa Itu Emas

Pautan Berkaitan
JKR Malaysia
JKR Johor
Pusat Khidmat Kontrak
CIDB
Perbendaharaan M'sia
Bahagian Latihan JKR
SPK
 RAKAN
♦ SKALA
♦ SPA
JPA
 MAMPU
Parlimen Malaysia
Al-Islam
Jab. Kemajuan Islam
Statistik Pengunjung

free web counter 

Arkib Mutiara Kata
"Harta sesaorang tidak akan berkurang samasekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya."

(Baginda Rasullullah SAW)

>>  Baca lagi
        
Makluman dan Aktiviti Terkini...

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH JKR JOHOR DAN KURSUS POWER (PENGURUSAN WANG RINGGIT)
07 Mei 2013 - JKR (D) Segamat mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Timbalan Pengarah JKR Negeri Johor, Ir. Hj Asri bin Hj. Arjan ke daerah ini sempena Program Lawatan ke JKR Daerah-daerah. Lawatan ini diadakan bertujuan bagi mengenal strukutur organisasi jabatan ini dan sesi suai kenal pegawai dan kakitangan jabatan. Di samping itu, diadakan juga Kursus Pengurusan Wang Ringgit (POWER) yang telah disampaikan oleh Pegawai dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Johor Bahru. Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai pengurusan kewangan seharian dan juga pengurusan hutang.  
[08/05/2013 09:24 - admin]
>> Baca lagi
MAJLIS PERPISAHAN PERTUKARAN DAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI
 26 April 2013 -  Majlis perpisahan pertukaran Puan Nurul Eilmy binti Zainudin (Jurutera Awam, J44) dan Encik M. Sham bin Othman (Pekerja Awam, R1) serta pelatih yang tamat latihan industri telah diadakan di Kelab Sukan JKR (D) Segamat. Beliau yang telah berkhidmat di JKR (D) Segamat di Bahagian Jalan selama hampir 2 tahun telah banyak berjasa dan menyumbangkan bakti dalam memastikan setiap tugas yang telah diamanahkan berjaya dilaksanakan. Pertukaran beliau ke JKR(D) Batu Pahat dilihat sebagai satu kehilangan buat jabatan ini. Majlis turut menyampaikan cenderahati kepada pelatih yang tamat latihan industri dan warga JKR (D) Segamat mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang masing-masing.
[29/04/2013 08:30 - admin]
>> Baca lagi
KURSUS AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI JKR (D) SEGAMAT
 22 April 2013 - Kursus Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan di Kelab Sukan JKR (D) Segamat. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan serta memberi kesedaran kepada kakitangan mengenai risiko (hazard) dan bahaya yang terdapat di persekitaran tempat kerja yang tidak terhad hanya di tapak bina sahaja malah juga di dalam pejabat. Dengan adanya kursus seperti ini, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan seterusnya dapat mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja. Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Salleh bin Abdul Rahman selaku Peg. Pemeriksa Kilang dan Jentera dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kursus ini turut dihadiri oleh En. Shuhaimi bin Abdul Rahim dari Bahagian Korporat, JKR Negeri Johor. 
[23/04/2013 14:54 - admin]
>> Baca lagi
MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BENGKEL DI SEK. MEN. VOKASIONAL SEGAMAT.
19 April 2013 - Telah diadakan Majlis Penyerahan Bangunan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional Segamat. Kerja-kerja Naiktaraf Bengkel Serta Lain-lain Kerja Berkaitan di SM Vokasional Segamat ini telah menelan belanja hampir RM 2 juta yang mana tarikh pembinaannya pada 3 Julai 2012 dan telah siap sepenuhnya pada 1 Februari 2013. Majlis turut dihadiri oleh beberapa orang kakitangan JKR (D) Segamat, wakil Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan  pihak kontraktor utama.
[23/04/2013 21:43 - admin]
>> Baca lagi
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL JKR (D) SEGAMAT TAHUN 1434H / 2013
Tanggal 8 Mac 2012, telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul JKR (D) Segamat Tahun 1434H / 2013 bertempat di Dewan Jubli Intan Segamat. Majlis bermula pada jam 7.00 malam sehingga jam 11.30 malam turut dihadiri ahli keluarga kakitangan JKR (D) Segamat. Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah burdah yang disampaikan oleh kumpulan nasyid UiTM Segamat. Pihak penganjur turut menjemput Ustaz Muhamad Shauqi bin Othman (Pensyarah UPM Serdang) yang juga Panel Tanyalah Ustaz TV9 untuk menyampaikan ceramah.
[11/03/2013 09:42 - admin]
>> Baca lagi
MAJLIS PENYERAHAN PUSAT LATIHAN POLIS (PULAPOL) SEGAMAT, JOHOR.
Pada 20 Julai 2012, Majlis Penyerahan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Segamat, Johor telah diadakan bagi menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan bangunan tersebut. Projek ini di bina di kasawan Zon Selatan di Sebahagian Lot 1721, Mukim Jementah, Segamat Johor. Projek yang menelan kos sebanyak RM124.8 Juta ini disiapkan oleh Kontraktor Global Globe (M) Sdn.Bhd. Majlis juga diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada wakil anak-anak yatim,ibu tunggal, OKU, & Fakir Miskin.

>> Baca lagi
MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN DI BAWAH PERLAKSANAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) KEPADA POLIS DIRAJA MALAYSIA
Putrajaya, 18 Julai 2012 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia telah menandatangani dokumen penyerahan bangunan dibawah pelaksanaan PBLT yang siap dibina pada satu majlis ringkas bertempat di Bilik Mesyuarat Perkasa, Aras 11, Blok D1. Projek tersebut melibatkan pembinaan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Zon Selatan, Jementah Segamat. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Dato' Alwi Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) dan YBhg.Dato' Wahab Mohd Yasin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KDN.
 
   
MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN, PELATIH TAMAT LATIHAN, & CENDERAHATI PERKAHWINAN
Pada 18 Julai 2012, Majlis Perpisahan Kakitangan JKR Segamat ( Bahagian Pentadbiran ), En. Hamzah Bin Abu Bakar yang bertukar secara KPSL dari Pembantu Tadbir N17 kepada Penghulu N27. Beliau telah berkhidmat di Jabatan ini selama 8 tahun. Segala jasa dan khidmat bakti beliau amatlah di hargai. Di samping itu, penyampaian cenderahati kepada dua kakitangan JKR Segamat yang telah melangsungkan perkahwinan iaitu En.Faris Bin Hassan pada 3 Jun 2012 dan En. Zairul Azhar Bin Zakaria pada 30 Jun 2012 yang lalu. Kami warga JKR mendoakan mereka berbahagia. Cenderahati juga di berikan kepada pelatih praktikal tamat latihan.

>> Baca lagi
Mukasurat:  1 2 3 4 5 6 NEXT

Pengumuman

ADUAN KEROSAKAN JALANRAYA
........................
Aduan kerosakan jalanraya boleh dibuat melalui:-

TALIAN ADUAN JKR:
07-9314040 / 07-9314042,

Email:
segamat@jkr.gov.my

SMS:
JKR<aduan anda> dan hantar ke DAPAT/32728
------------------

Kakitangan JKR Daerah Segamat dialu-alukan untuk memberikan apa-apa berita atau pengumuman yang sesuai kepada AJK Laman Web JKR Daerah Segamat untuk dimuat turun kedalam laman web ini, kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangat dihargai.

------------------ 


 

Bahagian
Pautan Pilihan
Arkib